Responsive image

APAKAH YANG ANDA PERLU UNTUK MENGEKSPORT?

Terdapat beberapa pra-syarat yang perlu diketahui untuk memulakan proses eksport supaya anda boleh mengimplikasikan pra-syarat tersebut dalam proses perancangan anda.

Your browser does not support SVG

KEPERLUAN MENGEKSPORT

Ketahui syarat-syarat dan piawaian bagi barangan dan perkhidmatan anda sebelum mengeksport.

Your browser does not support SVG

ISU UNDANG-UNDANG

Pastikan anda mematuhi keperluan undang-undang antarabangsa, Perjanjian Perdagangan Bebas Antarabangsa (FTAs), Hak Harta Intelek (IPRs), dan kontrak-kontrak jualan antarabangsa.

Your browser does not support SVG

HAL EHWAL KEWANGAN

Mendapatkan pembiayaan untuk membantu meningkatan pengeluaran dan operasi perbelanjaan serta merancang proses pembayaran yang efisien bagi proses pembayaran antarabangsa.

Your browser does not support SVG

KEUPAYAAN PENGELUARAN

Pelaburan dalam pembelian mesin dan teknologi baru mungkin diperlukan, di samping meningkatkan bekalan bahan-bahan mentah.

Your browser does not support SVG

PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

Mendapatkan tenaga kerja yang sesuai dalam pengurusan prosedur perkapalan, logistik, dan kastam. Kemahiran berbahasa asing dan kesedaran tentang perbezaan budaya juga amat berguna untuk membantu dalam membuat perundingan antarabangsa.

Your browser does not support SVG

PAKAR PEMASARAN

Mengenal pasti strategi pemasaran eksport yang betul dan mewujudkan hubungan dengan pengedar-pengedar antarabangsa bagi memudahkan anda menembusi pasaran tersebut.

EXPORT READINESS ASSESSMENT (ERA)

Export Readiness Assessment (ERA) adalah alat pernilaian atas talian yang direkabentuk oleh MATRADE bagi membantu syarikat-syarikat tempatan mengenal pasti status kesediaan eksport mereka.

ERA menilai status perniagaan dan prestasi bagi mengenal pasti aspek-aspek utama yang perlu ditambahbaik. Dengan memberi tumpuan kepada aspek-aspek utama tersebut seperti komitmen pengurusan, strategi eksport, persediaan produk dan pengetahuan eksport-eksport yang lain, ERA memastikan bahawa syarikat tersebut akan dilengkapi dengan pengetahuan dan informasi untuk bersaing dengan jayanya di pasaran antarabangsa.

BAGAIMANA ERA BERFUNGSI

01

Akses ERA di sini.
Daftar sebagai ahli MATRADE untuk mengakses ERA. Jika anda belum berdaftar sebagai ahli MATRADE, sila daftar hari ini. Sila masukkan nombor ROC anda untuk mula mengakses ERA.

02

Lengkapkan 16 soalan penilaian.
Soalan-soalan ini hanya mengambil masa kurang daripada 5 minit.

03

Setelah selesai, anda akan memperolehi petunjuk status kesediaan mengeksport anda.
Anda akan mengetahui aspek-aspek utama yang perlu penambahbaikan bagi membantu anda mengeksport. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau bantuan selanjutnya, sila hubungi MATRADE.