Responsive image

SOALAN-SOALAN LAZIM (FAQ)?

  • Membina rangkaian perniagaan di seluruh dunia, tanpa mengira sempadan geografi dan zon masa.

  • Berkomunikasi dengan pelanggan-pelanggan antarabangsa bagi produk dan perkhidmatan terpilih anda. Internet menjadikan komunikasi lebih mudah dan pantas.

  • KEPERLUAN & PEMATUHAN EKSPORT

    Mematuhi standard dan piawaian antarabangsa, akreditasi dan pensijilan serta keperluan untuk mengeksport dan mengimport seperti permit, lesen dan kuota.

  • PEMATUHAN UNDANG-UNDANG ANTARABANGSA

    Mematuhi keperluan undang-undang antarabangsa dan memastikan anda mempunyai permahaman yang baik tentang Perjanjian Perdagangan Bebas (FTAs), Hak Harta Intelek (IPRs), kontrak jualan antarabangsa dan memahami cara-cara penyelesaian pertikaian dengan baik.

  • HAL EHWAL KEWANGAN

    Memastikan kewangan dalam keadaan yang stabil, mempunyai akses kepada pembiayaan komersil (perdagangan dan kerajaan) dan sistem pembayaran yang cekap untuk proses pembayaran antarabangsa.

  • KEUPAYAAN PENGELUARAN

    Pelaburan dalam pembelian mesin dan teknologi baru untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran, di samping meningkatkan bekalan bahan-bahan mentah.

  • PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

    Tenaga kerja yang mahir dan terlatih dalam pengurusan prosedur kastam, logistic dan INCOTERMS. Kemahiran berbahasa asing dan kesedaran tentang perbezaan budaya juga amat berguna untuk membantu dalam membuat perundingan antarabangsa.

  • PAKAR PEMASARAN

    Mengenal pasti strategi pemasaran eksport yang betul dan mewujudkan hubungan dengan pengedar-pengedar antarabangsa bagi memudahkan anda menembusi pasaran tersebut. Anda juga perlu mempunyai bahan-bahan pemasaran yang mencukupi bagi tujuan promosi dan pemasaran produk dan perhidmatan anda.

MATRADE menganjurkan bengkel dan seminar kepada pengksport-pengeksport tempatan tentang peluang-peluang perniagaan, perkembangan perniagaan, standard dan piawaian eksport yang terkini serta meningkatkan kemahiran eksport. Topik-topik bengkel dan seminar termasuklah:

  • Peluang eksport di pasaran-pasaran baru

  • Meningkatkan imej produk

  • Keperluan teknikal

  • Perubahan dalam trend pasaran

Lihat senarai bengkel dan seminar anjuranMATRADE di sini.

  • Mengambil bahagian dalam pameran perdagangan antarabangsa, promosi pameran, misi perdagangan dan pelaburan dan program akselerasi eksport yang dianjurkan oleh MATRADE.

  • Daftar sebagai ahli MATRADE untuk mengakses senarai pengimport asing dan rangkaian pejabat perdagangan antarabangsa kami.

  • Anda boleh mengakses Pangkalan Data Pengimport Asing di Pusat Maklumat Perniagaan MATRADE di Aras 2, Menara MATRADE, di Kuala Lumpur.

Ya, kami menyediakan bantuan kewangan kepada pengeksport PKS yang mengambil bahagian dalam pameran perdagangan antarabangsa dan aktiviti promosi eksport melalui Geran Pembangunan Pasaran (MDG). Manakala syarikat perkhidmatan Malaysia layak untuk mendapatkan bantuan kewangan Services Export Fund (SEF) untuk mengembangkan dan menerokai pasaran antarabangsa. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

  • Anda boleh mengakses kepada maklumat pasaran terkini daripada rangkaian pejabat MATRADE di seluruh dunia.

  • Mendapat maklumat berkenaan peluang eksport terkini menerusi MATRADE Leads dan MATRADE Online News.

  • Akses percuma ke Pusat Maklumat Perniagaan MATRADE untuk mendapatkan direktori perniagaan, profil-profil negara pengimport, jadual tarif, laporan pasaran, statistic terkini dan sebagainya.

  • Pemadanan perdagangan dengan pembeli-pembeli asing serta mendapat maklumat terkini mengenai aktiviti-aktiviti promosi MATRADE.

  • Mempromosikan syarikat anda di dalam pangkalan data pengeksport MATRADE dan di dalam penerbitan MATRADE.

  • Mempromosikan produk dan perkhidmatan syarikat anda di luar negara dengan mengambil bahagian dalam misi perdagangan, pameran perdagangan dan pameran promosi yang dianjurkan oleh MATRADE.

  • Mempamerkan produk dan perkhidmatan anda di Malaysia Export Exhibition Centre (MEEC), Pusat Dagangan Malaysia di luar negara dan talian direktori MATRADE.

  • Menyertai program latihan pengeksport anjuran MATRADE.

  • Mendapatkan akses ke MATRADE Web Online Publications Catalogue (Web OPAC).

Daftar sebagai ahli MATRADE secara percuma di sini. Kami mengalu-alukan penyertaan anda.

Responsive image

Integrated Centre for Export (ICE)

Dilancarkan pada November 2015, Integrated Centre For Export (ICE) bertempat di Pusat Maklumat Perniagaan MATRADE. ICE menawarkan khidmat nasihat komprehensif, konsultasi dan pangkalan data maklumat yang luas untuk PKS.

BAGAIMANA ICE MEMANFAATKAN ANDA

  • Anda boleh mengakses maklumat terkini berkaitan eksport termasuk maklumat pembiayaan, peraturan-peraturan kastam, piawaian dan pensijilan, logistik, dan juga berita berkenaan industri.

  • Bertindak sebagai satu tempat sehenti (One Stop Centre); menghubungkan PKS dengan program anjuran MATRADE, kementerian, agensi, persatuan dan bank-bank tertentu;

  • Pusat Sokongan Integrasi menempatkan wakil-wakil daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Kementerian Pertanian (MOA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), SME Corporation Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, EXIM Bank dan SME Bank, semuanya berada di satu lokasi yang sama.

AKTIVITI ICE

Diadakan pada setiap hari Khamis dan Jumaat, jam 9:00 pagi -17:00 petang bertempat di Tingkat 2, Pusat Maklumat Perniagaan MATRADE.

Responsive image
Responsive image
Responsive image
Responsive image
Responsive image
Responsive image
Responsive image